StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Latar Belakang Ekonomi Islam Di Malaysia

Latar Belakang ekonomi islam di Malaysia.


Sistem ekonomi Islam telah diamalkan sejak zaman Rasulullah saw, namun dengan munculnya fahaman pemikiran kapitalis, sosialis serta pemikiran ekonomi yang lain menyebabkan sistem ekonomi Islam umpama terpinggir. Namun begitu, rentetan kejatuhan serta ketidak seimbangan yang wujud dalam sistem-sistem tersebut, maka berlaku peralihan di seluruh dunia untuk mempraktikkan sistem ekonomi Islam yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan khususnya sistem kewangan yang menjadi tumpuan bukan sahaja di negara-negara Islam tetapi juga di negara-negara Eropah.


Berdasarkan pengalaman Malaysia, fasa pertama pembinaan sistem kewangan Islam (SKI) bermula dengan penubuhan Tabung Haji sebagai institusi kewangan bukan bank Islam pertama di Malaysia.


Fasa kedua pula bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan penawaran produk-produk kewangan Islam di perbankan konvensional yang dikenali sebagai Skim Perbankan Tanpa Faedah (yang kini dikenali sebagai Skim Perbankan Islam). Fasa ini menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang menawarkan SPI selari dengan perbankan konvensional.


Manakala fasa ketiga pembinaan SKI memfokuskan kepada usaha memperkukuhkan institusi kewangan domestik dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa di samping membuka pasaran kewangan Islam negara kepada institusi-institusi kewangan luar negara. Selari dengan objektif pemerintah, seminar ini dianjurkan bagi mengenalpasti kekukuhan serta perkembangan sistem ekonomi dan kewangan Islam di Malaysia khususnya dari segi dasar-dasar yang telah dilaksanakan dan digariskan .

0 comments:

Post a Comment