StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Showing posts with label Tinta Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Tinta Kehidupan. Show all posts

Dunia Ku Lihat


Gambar di Laut Mati

meniti “Laut Mati” bukan mudah jika kita pantas menyerah.


Dunia aku masih lagi di sini. di bumi Urdun penuh barakah. pengalaman semakin mematangkan aku. namun aku masih merasa tiada sesuatu dalam hidupku. mungkin itu ujian untuk diriku agar aku sentiasa mengingati-Nya.

laut mati 2 kali telah aku tawan. namun, masih belum dapat ku tawan seberangnya (palestine). dalam benak aku teringin untuk ke sana. melihat pengorbanan mereka menyara keluarga. ketabahan mereka hidup dalam kancah desakan dan paksaan.



kata saudara2 yang pernah ke sana : “mereka walaupun hidup dalam kesengsaraan, tetapi Allah mereka utamakan”.

mendengar kata hikmah ini, hatiku pantas tergerak kencang berbisik untuk ziarah ke sana. sahabat2 aku disini juga ramai dari Palestine. mereka menceritakan pengalaman mereka ditangkap dan diseksa. ngeri aku mendengarnya. namun, aku kagum dengan mereka. masih tetap tekun menelaah ilmu walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga yang hidup di sana bersama rejim yang tidak berguna.

kesimpulan

“muhasabah diri untuk mendapat ibrah kemudi hati.”


syarie Jamiah, Irbid, Jordan

Tersentuh Hati!

search for resolution, but not fighting

kelas di universiti sudah selesai. Keletihan terpancar tatap wajahku. cuaca panas terik membakar kulit lembutku.

"Aduh, letihnya hari ini. panas pula tu." keluhan tanda kepenatan menyelubungi perasaan. namun pantas aku beristighfar atas keluhan itu. kesyukuran dan kesabaran semakin mendatang. dalam senyap menusuk kalbu insan yang lemah.

Dum!

suara seakan petir melintas balik telinga. rupa-rupanya, kereta berlanggar kereta. aku terkejut seketika memikir apa yang akan terjadi.

'matilah orang ni kena pukul dengan mamat ni" bisik hati menghasut diri. Hati tersentuh tatkala mereka berdua hanya menanya khabar, berbincang dan bersalam pada akhirnya. tiada pergaduhan yang berlaku. andaian aku sememangnya meleset.

aku terus pulang ke rumah sambil tersenyum. kepenatan semakin surut dek kejadian.......

Mohfirdaus.com
Syarie Jami'ah

Salam Perantauan



SALAM PERANTAUAN BUAT SEMUA....KEMUDILAH KEJAYAAN KALIAN

DI JORDAN NANTI

oleh
falanjai.com




waktu kecil tak mengerti apa....


jiwa ini keliru dalam kehidupan. banyak yang perlu aku pelajari.ku rasakan diri ini seperti mayat hidup, sukar bagi diriku yang kerdil ini membuat pilihan tepat.

di mana aku sekarang ini?

persoalan ini sering tatap dalam minda sempitku. kurasakan diri ini seperti tidak lagi mempunyai ilmu zahir mahupun batin.aku dimomok perasaan ragu-ragu dalam jiwa, memilih mana yang hak dan yang batil.

waktu kecil, aku seorang yang amat nakal. suatu hari dulu, ibuku menceritakan tabiat waktu kecil ku. dulunya aku suka mengerjakan orang-orang tua. pernah sekali aku mencuri makan makanan orang lain di restoran.

ketika itu aku masih kecil. tidak mengerti apa-apa tentang soal hidup mahupun kematian. ku susur langkah demi langkah ke alam persekolahan. cabarannya amat sukar untuk ku hadapi.

siapa yang mendidikku?

waktu kecil aku dididik oleh ibu bapa. namun di alam persekolahan guru banyak berjasa. pernah sekali aku diberi hukuman oleh guru sekolah rendah. salahnya mungkin tidak menduga kita, cuma buat pesanan guna kertas kecil yang tertulis " minta maaf cikgu saya tak dapat datang hari ini abang saya kemalangan".terus dikoyakkan kertas itu.

perjalanan hidupku akan bersambung......