StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Pencari Jalan-Mu




Dalam Era Modenisasi, kita tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai Khalifah di bumi Allah ini. Fasa demi fasa kita meniti perubahan drastika yang pantas. kalau dulunya kita lihat dunia tiada kereta berenjin turbo. Nah! sekarang kita dapat lihat berbagai jenis kereta menyusur di jalan raya. tapi diam tak diam, siapa yang menguasainya? Adakah individu Muslim? sama sekali bukan.

Kita perlu akui bahawa segala yang ada di seluruh alam ini hanyalah milik Allah SWT sahaja. Kalau kita mengatakan hebat mana sekalipun pembikin kereta turbo itu, semuanya datang daripada Allah SWT. Dia yang menciptakan kita dengan penuh hikmah.

Sepanjang kita meniti menuju alam yang kekal, apa thariq (jalan) kita sebagai individu Muslim di Era masa kini?

Antaranya:-

1) Ikhlas melakukan perintah Allah SWT.
2) Luruskan niat ke arah kebaikan.
3) Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.
4) Menjaga Iman supaya tidak dibolosi syaitan.
5) Menta'ati kedua ibubapa.

Banyak lagi yang perlu kita perbaiki hari demi hari, saat demi saat, detik demi detik tentang diri bergelar khalifah. namun beza kita cuma satu kata takwa. tidak kira rupa, bangsa kerna yang paling mulia di sisi Allah S.W.T adalah ketaqwaan kepada-Nya.

Ayuh ita selusuri pengertian Islam dalam memacu diri ke arah hidup sempurna!

"Mentari itu takkan muncul tanpa cahaya, bulan bisa gelap tanpa matahari pancarkan sinarnya, malam takkan terjadi jika siang sombongkan dirinya, segalanya takkan terabdi jika tanpa Izin-Nya."

By: Firdaus Al-Falanjai Yu
mohfi_89@yahoo.com.my

Barat VS Tempatan : Mantapkan Ekonomi Islam!


Assalamualaikum kalian sahabat...

hati ini merasakan amat berat untuk menukil apa yang terbuku di benak. Namun sebagai seorang penulis, terpaksa dikerah segala tenaga, minda dan ketabahan untuk menulis.

Pelik dan aneh dunia ketika ini, apabila setiap isu yang dibangkitkan, sudah tentu Islam mendapat tempias keburukan. Kenapa wahai saudaraku seislam? "Menang tanpa kalah" menurut saya merupakan moto mereka yang mensabotaj atau memporak-perandakan Islam. seperti yang telah saya katakan sebelum ini, mereka sedaya mungkin ingin memurtadkan umat-umat Islam.

Mungkin juga antara faktor menakluk dunia tanpa intipati Islam menjadi tujuan. Baiklah, kita boleh melihat apa yang telah terjadi kepada sektor ekonomi di seluruh dunia, ternyata siapa yang berkuasa?

pada teori saya, apabila sesebuah negara mempunyai kekuatan ekonomi, maka negara itu secara purata menjadi berkuasa.

Baiklah, mari kita lihat samada teori saya betul atau salah. terpulang kepada anda untuk menilai.

1- Ekonomi akan bisa membeli segala macam benda yang diingini. tidak kira samada benda yang baik atau tidak.

2- Negara maju boleh kita klasifikasikan sebagai negara yang mantap dari segi struktur ekonomi .Negara-negara miskin atau mundur mampu keluar dari kepompong kemiskinan dengan bantuan negara-negara maju seperti mana yang telah diperkatakan oleh tokoh ekonomi barat ( نيركسه ). Jika mereka enggan membantu, jadi negara-negara miskin menjadi semakin miskin.

Jadi, oleh sebab itu, mana-mana produk keluaran barat seperti KFC, Starbuck, Pepsi, Coca-cola dan sebagainya banyak dihantar ke negara-negara Islam khususnya. Ketara bagi kita melihat ini tidak menjejaskan apa-apa simulasi terhadap negara Islam, sedangkan ia merupakan strategi untuk memajukan negara mereka dengan begitu pantas dan mudah. Berani saya mengatakan bahawa ramai masyarakat Islam lebih menggemari produk luar daripada tempatan. bukan maksud dihati untuk meletakkan tidak boleh menyentuk produk-produk luar, tetapi memadai dan tidak terlampau taksub ke atasnya.

tidak cukup sekadar saya berceloteh panjang tanpa sebarang cadangan. Baiklah apa yang baik kita ambil, dan apa yang tidak kita hindar bersama. Cadangan saya khusus buat sekalian umat Islam yang mana sejak kebelakangan ini nampak tahap kemajuan:

1- Membina pengganti produk-produk barat terutama dalam sektor pemakanan. contohnya membina kedai pengganti KFC dan sebagainya. boleh saya katakan bahawa jika menyokong produk tempatan maka aliran wang tidak mudah mengalir keluar dari negara.

2- Mengikut tuntutan Islam yang telah diajar oleh Baginda Muhammad S.A.W. seperti membayar zakat, agihan zakat secara adil dan saksama, berniaga dan sebagainya.

saya bukanlah arif untuk mengkategorikan pelbagai cadangan. Namun saya ingin bersama-sama kita bukakan minda untuk memikir hal ehwal ummah islamiyyah. Tangan di atas lebih baik daripada tangan dibawah. jika semua ingin menjadi tangan di atas, maka kurang atau tiadalah manusia bergelar miskin. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpun yang diatas. AMIIIN.

Paling penting kita sebagai umat Islam perlu tahu bahawa segala yang akan berlaku telah ditetapkan oleh Tuhan Pencipta yang Maha-Esa....Insyaallah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia.

Akhu fil Islam, wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.....

Muhasabah Diri 1431 Hijrah

"Selamat Menyelami Kisah Hijrah Baginda SAW dengan Azam Jitu"

Ku mula tinta dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Ku gerak lidah dengan ucapan memuji Tuhan Pencipta alam yang Maha Berkuasa. Tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah.

Hati mula bergetar tatkala zaman semakin melabuh tirai. puncak tahun 1430 Hijrah bertukar ke zaman baru, azam baru 1431 Hijrah. semakin masa kita ke hadapan, ketika itulah kita menghampiri hari pembalasan daripada Tuhan yang Maha Esa.

Bukan niatku untuk menakutkan ummah, malah lebih untuk peringat sesama ummah yang semakin alpa akan hiburan dunia. Bukan maksud di hati untuk meletak hukum tidak perlu berhibur, cuma Islam telah gariskan panduan setakat mana boleh terhibur. Semakin kita meniti titian kebenaran, insya-Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita di dunia yang fana ini.

janganlah kita berperangai seperti orang yang tidak mengenal agama sendiri. janganlah kita menjadi seperti orang yang membenci Islam yang hanya tahu untuk memurtadkan orang-orang Islam, sedangkan mereka (pembenci Islam) mengetahui kebenaran Islam agama wahyu daripada Tuhan yang satu. Namun mereka tetap juga ingkar tidak bertalu

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِن تُطِيعُواْ الَّذِينَ كَفَرُواْ يَرُدُّوكُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ فَتَنقَلِبُواْ خَاسِرِين

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu mentaati orang-orang yang kafir, niscaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (murtad), maka kamu akan kembali menjadi orang yang rugi.

Ali-Imran : 149

Kalau kita lihat kepada situasi yang melanda dunia ketika ini, berlakunya fenomena murtad secara meluas. Na'uzubillah! semoga kita tak tergolong dalam kalangan mereka.

Akhir kalam daripada penulis, sama-samalah kita muhasabah diri sempena kedatangan tahun baru hijriah ini. kuatkan tekad dan azam yang tinggi agar kita boleh menempuh lumrah ujian Allah.

"Fikirkan kita berada pada naungan Allah, jangan sesekali mencemar keagungan-Nya"

Akhu Fil Islam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh........

Krisis Ekonomi 1 : Punca Riba


Oleh
Firdaus Al-Falanjai


Ekonomi merupakan salah satu struktur penting dalam sesebuah negara. Namun, yang menjadi keraguan masyarakat ketika ini mengenai sistem terbaik dalam ekonomi, samada Sistem Ekonomi Islam, Sistem Ekonomi Kapitalis atau Sistem Ekonomi Sosialis.

Masyarakat mungkin keliru atau tidak ambil endah terhadap Sistem Ekonomi Islam kerana terbiasa dengan Sistem Kapitalis. Jika kita melihat pada dasar Islam yang adil, maka tidak menjadi masalah bagi kita untuk menerimanya ketika dunia dilanda pelbagai krisis ekonomi global.

yang penting ketika ini, kita perlu membersihkan segala doktrin kita yang mengatakan bahawa Sistem Ekonomi Islam "kuno" dan zalim. Sebenarnya kita telah dimainkan penjajah telah sekian lama dengan doktrin sebegini.

kalau dilihat, Sistem Ekonomi Islam amat luas. Antara kebaikan Ekonomi Islam adalah:

1- Pengharaman Riba

Sistem Ekonomi Islam merupakan satu-satunya sistem yang mengharamkan riba. Punca krisis ekonomi boleh dikatakan berpunca daripada masalah riba. suka saya memberi misal dalam skop yang kecil supaya kita faham.

Misal 1 : David meminjam wang daripada John sebanyak USD 100. John telah mengenakan caj pinjaman sebanyak 2% kepada David atas ketelatan untuk membayar. Namun begitu, John juga akan mengenakan caj sebanyak 0.5% pada waktu pembayaran yang telah dipersetujui.

Misal 2 : Ahmad meminjam wang daripada Ali sebanyak USD 100. setelah waktu pembayaran balik, Ahmad membayar USD 100 kepada Ali tanpa sebarang caj yang dikenakan.

berdasarkan situasi di atas, kita dapat lihat bahawa terdapat kesan negatif dalam misal 1. kesan di sini adalah penambahan jumlah wang John sebanyak USD 100.5 / USD 102. Dan pengurangan wang David sebanyak USD 0.5 / USD 2.
ini merupakan ketidakadilan dalam sistem pinjaman wang. Namun, jika melihat pada misal 2, kita dapat lihat agihan secara adil yang mana peroleh USD 100 dipulang USD 100.

demikianlah masalah yang dihadapi dunia ketika ini. jika seseorang lambat membayar, akan dikenakan caj yang tinggi.Lama-kelamaan, hutang bertimbun umpama bukit. Wang yang tidak dapat dilangsaikan dianggap muflis dan tidak perlu membayar, seterusnya akan menyebabkan aliran wang tidak seimbang.

sama-samalah kita berfikir untuk kepentingan ummah islamiyyah.....


Erti Hidup Seorang Da'ie


::Mujahadah Diri Menuju Ilahi::

Mujahadah dan Pengorbanan tidak mengenal erti jemu. Tiada istilah letih dalam kamus seorang Da'ie. jiwa mereka perlu kental akan situasi di luar. Jika masih berada di tangkuk lama, sukar untuk maju ke hadapan.

Setiap Da'ie berbeda cabaran. Ada yang sukar, ada yang gampang. memang kita perlukan usaha. fikir niat kita, matlamat kita, langkah kita. terus mengukir langkah satu persatu. Bukan gampang ubahkan orang menjadi baik, sedangkan kita sendiri sukar berubah. Jadi, jika kalian berfikir begitu, berapa ramai ingin berdakwah.

jangan kita menjadi orang yang tidak suka berdakwah dan tidak suka didakwah. Juga jangan menjadi orang yang suka berdakwah tapi tidak suka didakwah.

Maka jadilah kita seperti orang yang suka berdakwah dan suka didakwahi. biarpun ditohmah, hati tetap pada yang Maha-Kuasa. Jangan sesekali bepaling daripadanya. banyakkan istighfar memohon keampunan.

tubuh kecil tidak bermaksud mentah. Tubuh besar tidak pula bermakna matang. Malah, hati mulia dan pemikiran waras yang patut dianggap matang.

Kita disosok pemikiran rapuh rakan-rakan "kamu tidak matang lah tak merempit".Adakah kita yang tidak matang atau dia sendiri yang tidak berapa matang.

jadi kalian bisa berfikir, fikirkanlah........

drpd : Firdaus Mappon
http://mohfirdaus.blogspot.com