StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Expose History Jelajah Jordan 10: Siri 1




Alhamdulillah, syukur....
kalimah yang pertama aku ucap setelah kaki menjejak di bumi Irbid yang dicintai. aku merasa hiba tatkala pengembaraanku sudah berakhir. Namun segala yang aku alami selama itu, pasti ada kesudahan. aku namakan misiku ini "Expose History Jelajah Jordan 10" kerna aku merasakan tempat yang aku pergi itu, tersembunyi sejarah tersendiri. pengisian blog ini mungkin pelik untuk aku berkongsi tentang diriku, tetapi bukan pameran yang aku ingin hamparkan, malah lebih kepada pedoman untuk kalian. aku akan berkongsi serba sedikit pengalaman yang aku rasai sepanjang perjalananku di bumi Jordan. penjelajahanku ini disertai oleh ahli-ahli rombongan di Irbid.

Hari pertama 22/1/10
kami memulakan perjalanan menaiki bas pada jam 8.00 pagi dari Irbid ke Amman. sepanjang perjalanan menuju ke Amman, kami singgah di Ummu Qaiss iaitu bandar lama kerajaan Rumawi yang mana musnah ketamadunannya akibat zilzal ( gempa bumi ). kemudian kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Wadi Aghwar yang mana permukaan tanah di situ adalah yang paling subur di bumi Jordan.
seterusnya kami bergerak menuju ke Maqam Mu'az bin Jabal dan Abdurrahman bin Mu'az bin Jabal di Tha'un 'Amwas . sepanjang perjalanan ke sana, kami telah disekat oleh sekumpulan anggota tentera, hati telah mula berdebar-debar. salah seorang daripada mereka naik ke atas bas, dan meminta memadamkan gambar kepada sesiapa yang menangkap gambar sepanjang perjalanan di lembah Aghwar. permukaan curam sepanjang perjalanan mencemaskan kami, kecuramannya tidak dapat dibayangkan. kami juga telah melintasi sempadan Israel dengan penuh kegelisahan. Alhamdulillah dengan bekalan doa kami, tiada sebarang kecelakaan yang berlaku.
Destinasi seterusnya, kami ke maqam 'Amir bin Abi Waqas. setelah selesai ziarah, kemudian kami segera mencari masjid untuk solat jumaat. kami meneruskan perjalanan menuju ke maqam Syar Habil bin Hasanah iaitu sahabat yang memeluk islam tetapi ditentang oleh ibunya, sampaikan ibunya bermati-matian mogok berjemur diri di tengah padang pasir.
jam 2.07 petang kami bergerak menuju ke maqam Saidina Abu 'Ubaidah Al-Jarrah. kemudian kami menziarahi maqam Dhirar bin Azwar iaitu sahabah yang mahir berpedang di atas kuda. ketika di maqam Dhirar bin Azwar, haruman merbak kasturi menusuk rongga hidung.Subhanallah....begitulah bau haruman para syuhada'.
penjelajahanku berakhir dan segera meneruskan perjalanan ke Amman untuk menginap di sebuah hotel sementara menunggu subuh kembali untuk misi Expose History pada keesokan hari.

Hari kedua 23/1/10
jam 7.30 pagi , kami bertolak dari hotel ke Jabal Nebo di Madaba iaitu tempat nabi Musa . Jabal Nebo telah djaga oleh pihak kristian dan di situ terdapat banyak simbol yang berkaitan dengan kritian.
dari Jabal Nebo, kami menuju ke laut mati. seperti yang kita ma'ruf bahawa laut mati merupakan tempat yang dilaknat Allah. kisah di sebalik laut mati, pada zaman nabi Lut, kaum-kaumnya melakukan hubungan sesama jenis "Homoseksual" dan Allah telah memerintahkan Malaikat untuk menterbalikkan bumi sehingga menjadi hamparan lautan yang tiada kehidupan yang hidup di dalam di atasnya.
kemudian kami bertolak ke maqam nabi Syu'ib dan seterusnya kami menuju ke maqam atau dharih nabi Yusha'.
perjalanan kami pada hari kedua berakhir. kami bergerak ke hotel yang sama di Amman untuk berehat bagi meneruskan perjalanan pada hari ketiga.

Hari ketiga 24/1/10
pada hari ketiga, kami bercadang untuk singgah di Qasr Azraq iaitu istana lama yang dibina ketika pemerintahan sistem beraja pada zaman Mamalik. dikatakan nama Azraq itu bersempena kawasan yang dipenuhi dengan air pada ketika itu. Azraq bermaksud biru yang menunjukkan warna air.
kemudian kami bergerak menuju ke Qasr Amra iaitu tempat mandi (hamam) raja yang penat bermusafir.
dari Qasr Amra, kami menuju ke Qasr Kharana iaitu dikatakan seperti hotel lima bintang pada zaman dahulu. Ia dibina sebagai tempat para musafir beristirehat.kalau ada kesempatan, kalian pergi dan rasailah betapa tersusun dan menarik struktur binaannya.
seterusnya, kami bertolak ke Gua Ashabul Kahfi yang telah diceritakan kisah mereka dalam Alquran dalam surah Kahfi.
dari Ashabul Kahfi kami ke Mudarraj Rum iaitu pusat hiburan kerajaan rum yang berbentuk Colloseum. tidak jauh dari tempat itu, kami seterusnya melihat pemandangan indah seluruh kawasan jordan di Jabal Qal'ah. sangat menakjubkan pemandangan dari pandangan atas.subhanallah....
misi Expose History pada hari ketiga berakhir di Jabal Qal'ah. kami segera pulang ke hotel di Amman menunggu misi seterusnya.

Expose History Jelajah Jordan 10 akan bersambung dalam siri 2........

Ummu Qais, Lembah Aghwar, Jabal Nebo

Laut Mati, Maqam Nabi Syuib, Maqam Nabi Yusha'

Qasr Azraq, Qasr Amra, Qasr Kharana

Gua Ashabul Kahfi, Mudarraj Rum, Jabal Qal'ah

Persepsi?



What your PERCEPTION for this picture?
Wahai sahabatku sekalian! Tahukah anda tentang persepsi orang lain terhadap diri kita? mungkin kebanyakan anda sudah mengetahui. Namun apa yang menarik minat saya untuk berkongsi di sini bukan perkara luar biasa tetapi perkara biasa dan sinonim dengan kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa.

Persepsi menurut lidahku bererti "satu pandangan seseorang individu kepada individu yang lain". sehubungan perkara persepsi, saya akan kelarifikasikan persepsi mengikut tahap pandangan seperti berikut:

Pertama: Apakah persepsi rakan anda kepada anda?

suka untuk saya mengatakan bahawa setiap bidang yang kita ambil ada kaitan dengan persepsi rakan kepada rakan lain. jika kita mengambil jurusan ekonomi, rakan kita akan memandang dari segi perbelanjaan seharian kita. jika kita mengambil jurusan usuluddin, mereka akan melihat aqidah yang dipegang samada betul atau salah. jika kita mengambil jurusan kedoktoran (Medical), mereka akan memandang tahap kesihatan kita seharian. jika kita mengambil jurusan fikah, mereka akan melihat cara solat kita. jika kita mengambil jurusan pergigian (Dentist), sah-sah mereka akan melihat gigi kita. dan begitu juga dengan jurusan-jurusan yang lain.

Kedua: Apakah persepsi masyarakat kepada anda?

dalam menghurai persepsi masyarakat, terdapat dua bentuk persepsi iaitu persepsi terhadap pelajar luar negara dan pelajar dalam negara.

1- Persepsi masyarakat terhadap pelajar luar negara.
masyarakat kita biasanya akan melihat secara total terhadap pelajar luar negara. contohnya pelajar Jordan yang mengambil pelbagai bidang seperti Ekonomi, Kedoktoran, Pergigian, Usuluddin, Bahasa dan Fikah akan dipandang masyarakat a'rif dan mahir dalam bidang agama. Kenapa? sebab mind set mereka terhadap negara arab seperti itu.

2- Persepsi masyarakat terhadap pelajar dalam negara.
dalam hal ini, masyarakat lebih cenderung mempersepsikan mereka kepada bidang-bidang yang diambil seperti doktor hanya mahir dalam medikalistik sahaja, Ustaz hanya mahir dalam bidang keagamaan sahaja dan sebagainya.

Ketiga: Apakah persepsi Non-Muslim terhadap anda umat Islam?

bab ini yang perlu kita betul-betul tumpukan sepenuh perhatian. kenapa saya berbicara seperti itu? sebab masyarakat Non-Muslim tidak akan memandang kepada jurusan yang kita ambil, malah mereka mempersepsikan terhadap "Islam" itu sendiri. Apakah yang mereka persepsikan? sudah tentu mereka akan melihat akhlak atau etika kita sehari-harian. Jadi, kita tidak boleh lari daripada masalah persepsian sebegini.
Akhlak yang baik juga merupakan cara berkesan dan mudah untuk dipratikkan dalam tuntutan dakwah. Namun, kita semakin alpa dan leka tentang itu. sama-samalah kita merenung sambil bermuhasabahkan diri yang semakin lupa akan tuntutan dakwah dan kewajipan menuju alam akhirat. moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan manusia yang sering berhibur.

kesimpulannya, persepsi sebegini tidak akan mudah untuk hilang dalam pandangan masyarakat. walaupun dari segi persepsi sebegini adalah salah kerana menilai seseorang mengikut kefahaman mereka, seperti menilai orang yang kaya adalah lebih terhormat daripada golongan miskin, sedangkan kita manusia tidak diangkat darjat oleh ALLAH melainkan orang yang bertakwa bukan kaya ataupun miskin. Namun kita sebagai individu mahasiswa perlu menangani masalah ini dengan berhikmah. Dan janganlah kita membuat sesuatu perkara kerana pandangan orang terhadap kita semata-mata, malahan yang lebih penting adalah keikhlasan kita kepada ALLAH S.W.T.

begitulah nukilan yang mampu saya sampaikan kepada anda. jika terdapat kekasaran bahasa dan intstrumen yang tidak baik sama-samalah kita jauhi. jangan kita lupa bahawa kita ketika ini berada di bawah naungan ilahi. segala yang ada di bumi hanyalah milik ALLAH.

Akhir kalam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

By: Firdaus Al-Falanjai Yu
mohfi_89@yahoo.com.my

Sketsa 2 : Wanita Muslim Diperlekehkan, Fakta Atau Auta?

gambar hiasan

" Muslim women are beautiful wearing full hijab "

peristiwa ini berlaku tanpa diduga manusia yang kerdil. Namun Allah maha-Kuasa menetapkan segalanya. Pada hari Ahad ketika seorang Sister (Kristen) ingin abdi ke gereja, dia terserempak dengan seorang ustaz atau pendakwah. Lantas dengan semangat yang kuat yang ada pada dia (Sister Kristen) itu lalu bertanya. perbualan mereka berdua seperti di bawah:

SK: helo kamu 'Alim islam bukan?

Pendakwah: Saya masih pelajari segala ilmu yang telah Allah kurniakan.

SK: saya nak tanya boleh?

Pendakwah: boleh, asalkan kamu sudi mendengarkan jawapannya.

SK: saya "open Minded", tidak kisah.

Pendakwah: Apa soalannya?

SK: dalam islam, kenapa wanita tidak diperlakukan dengan adil?

Pendakwah: maksud kamu? saya tidak berapa mengerti.

SK: wanita islam disuruh memakai hijab dan niqab. bukankah itu memperlekehkan mereka?

Pendakwah: saya nak tanya Sister, sudi tak kamu tunjukkan kepada saya berlian, nombor pin, emas, duit yang kamu ada. saya teringin nak mengambilnya.

SK: kamu kan muslim mana boleh mengambil barang orang lain.

Pendakwah: sudi atau tidak?

SK: mana boleh, itukan barang berharga, lagipun sia-sialah duit saya klu bagi nombor pin saya.

Pendakwah: jadi, kamu merasakan bahawa anggota tubuh kamu itu tidak berharga. Tadi kamu mengatakan wanita yang bertudung diperlekehkan, sedangkan mereka sedaya upaya mempertahankan tubuh mereka daripada dilihat jejaka yang tidak baik.

SK: saya kurang faham!

Pendakwah: baik, saya bagi contoh lain. ada dua wanita, (A) seorang mendedah tubuh, (B) seorang menutup seluruh tubuh. saya andaikan (A) yang mendedah tubuh itu seperti tidak mengunci kesemua pintu rumah. manakala (B) yang menutup seluruh tubuh seperti mengunci kesemua pintu rumah dengan rapi. secara jujur mana yang senag dimasuki pencuri?

SK: erm....(A).

Pendakwah: jadi mereka bukan diperlekehkan tetapi diperkasakan keselamatan mereka. lagi satu kamu perlu tahu bahawa di dalam kitab kamu juga terdapat arahan untuk memakai hijab. dalam islam, Allah telah memerintahkan wanita mahupun lelaki untuk berhijab. hijab bukan untuk wanita sahaja malah untuk lelaki juga perlu menjaga tubuh mereka. wallahua'lam....

secara koleftifnya, perdebatan antara pihak bukan islam perlu dengan hikmah untuk berdakwah. tidak boleh berkasar dengan mereka.

sama-samalh kita muhasabah diri untuk meneguhkan pendirian kita dalam nur Islam. tuntas, perkembangkan islam agar semua memahami intipati Islam yang suci ini.

Akhir kalam daripada penulis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

By: Firdaus Al-Falanjai Yu
mohfi_89@yahoo.com.my



Pencari Jalan-Mu




Dalam Era Modenisasi, kita tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai Khalifah di bumi Allah ini. Fasa demi fasa kita meniti perubahan drastika yang pantas. kalau dulunya kita lihat dunia tiada kereta berenjin turbo. Nah! sekarang kita dapat lihat berbagai jenis kereta menyusur di jalan raya. tapi diam tak diam, siapa yang menguasainya? Adakah individu Muslim? sama sekali bukan.

Kita perlu akui bahawa segala yang ada di seluruh alam ini hanyalah milik Allah SWT sahaja. Kalau kita mengatakan hebat mana sekalipun pembikin kereta turbo itu, semuanya datang daripada Allah SWT. Dia yang menciptakan kita dengan penuh hikmah.

Sepanjang kita meniti menuju alam yang kekal, apa thariq (jalan) kita sebagai individu Muslim di Era masa kini?

Antaranya:-

1) Ikhlas melakukan perintah Allah SWT.
2) Luruskan niat ke arah kebaikan.
3) Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.
4) Menjaga Iman supaya tidak dibolosi syaitan.
5) Menta'ati kedua ibubapa.

Banyak lagi yang perlu kita perbaiki hari demi hari, saat demi saat, detik demi detik tentang diri bergelar khalifah. namun beza kita cuma satu kata takwa. tidak kira rupa, bangsa kerna yang paling mulia di sisi Allah S.W.T adalah ketaqwaan kepada-Nya.

Ayuh ita selusuri pengertian Islam dalam memacu diri ke arah hidup sempurna!

"Mentari itu takkan muncul tanpa cahaya, bulan bisa gelap tanpa matahari pancarkan sinarnya, malam takkan terjadi jika siang sombongkan dirinya, segalanya takkan terabdi jika tanpa Izin-Nya."

By: Firdaus Al-Falanjai Yu
mohfi_89@yahoo.com.my

Barat VS Tempatan : Mantapkan Ekonomi Islam!


Assalamualaikum kalian sahabat...

hati ini merasakan amat berat untuk menukil apa yang terbuku di benak. Namun sebagai seorang penulis, terpaksa dikerah segala tenaga, minda dan ketabahan untuk menulis.

Pelik dan aneh dunia ketika ini, apabila setiap isu yang dibangkitkan, sudah tentu Islam mendapat tempias keburukan. Kenapa wahai saudaraku seislam? "Menang tanpa kalah" menurut saya merupakan moto mereka yang mensabotaj atau memporak-perandakan Islam. seperti yang telah saya katakan sebelum ini, mereka sedaya mungkin ingin memurtadkan umat-umat Islam.

Mungkin juga antara faktor menakluk dunia tanpa intipati Islam menjadi tujuan. Baiklah, kita boleh melihat apa yang telah terjadi kepada sektor ekonomi di seluruh dunia, ternyata siapa yang berkuasa?

pada teori saya, apabila sesebuah negara mempunyai kekuatan ekonomi, maka negara itu secara purata menjadi berkuasa.

Baiklah, mari kita lihat samada teori saya betul atau salah. terpulang kepada anda untuk menilai.

1- Ekonomi akan bisa membeli segala macam benda yang diingini. tidak kira samada benda yang baik atau tidak.

2- Negara maju boleh kita klasifikasikan sebagai negara yang mantap dari segi struktur ekonomi .Negara-negara miskin atau mundur mampu keluar dari kepompong kemiskinan dengan bantuan negara-negara maju seperti mana yang telah diperkatakan oleh tokoh ekonomi barat ( نيركسه ). Jika mereka enggan membantu, jadi negara-negara miskin menjadi semakin miskin.

Jadi, oleh sebab itu, mana-mana produk keluaran barat seperti KFC, Starbuck, Pepsi, Coca-cola dan sebagainya banyak dihantar ke negara-negara Islam khususnya. Ketara bagi kita melihat ini tidak menjejaskan apa-apa simulasi terhadap negara Islam, sedangkan ia merupakan strategi untuk memajukan negara mereka dengan begitu pantas dan mudah. Berani saya mengatakan bahawa ramai masyarakat Islam lebih menggemari produk luar daripada tempatan. bukan maksud dihati untuk meletakkan tidak boleh menyentuk produk-produk luar, tetapi memadai dan tidak terlampau taksub ke atasnya.

tidak cukup sekadar saya berceloteh panjang tanpa sebarang cadangan. Baiklah apa yang baik kita ambil, dan apa yang tidak kita hindar bersama. Cadangan saya khusus buat sekalian umat Islam yang mana sejak kebelakangan ini nampak tahap kemajuan:

1- Membina pengganti produk-produk barat terutama dalam sektor pemakanan. contohnya membina kedai pengganti KFC dan sebagainya. boleh saya katakan bahawa jika menyokong produk tempatan maka aliran wang tidak mudah mengalir keluar dari negara.

2- Mengikut tuntutan Islam yang telah diajar oleh Baginda Muhammad S.A.W. seperti membayar zakat, agihan zakat secara adil dan saksama, berniaga dan sebagainya.

saya bukanlah arif untuk mengkategorikan pelbagai cadangan. Namun saya ingin bersama-sama kita bukakan minda untuk memikir hal ehwal ummah islamiyyah. Tangan di atas lebih baik daripada tangan dibawah. jika semua ingin menjadi tangan di atas, maka kurang atau tiadalah manusia bergelar miskin. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpun yang diatas. AMIIIN.

Paling penting kita sebagai umat Islam perlu tahu bahawa segala yang akan berlaku telah ditetapkan oleh Tuhan Pencipta yang Maha-Esa....Insyaallah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia.

Akhu fil Islam, wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.....