StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Dunia Ku Lihat


Gambar di Laut Mati

meniti “Laut Mati” bukan mudah jika kita pantas menyerah.


Dunia aku masih lagi di sini. di bumi Urdun penuh barakah. pengalaman semakin mematangkan aku. namun aku masih merasa tiada sesuatu dalam hidupku. mungkin itu ujian untuk diriku agar aku sentiasa mengingati-Nya.

laut mati 2 kali telah aku tawan. namun, masih belum dapat ku tawan seberangnya (palestine). dalam benak aku teringin untuk ke sana. melihat pengorbanan mereka menyara keluarga. ketabahan mereka hidup dalam kancah desakan dan paksaan.



kata saudara2 yang pernah ke sana : “mereka walaupun hidup dalam kesengsaraan, tetapi Allah mereka utamakan”.

mendengar kata hikmah ini, hatiku pantas tergerak kencang berbisik untuk ziarah ke sana. sahabat2 aku disini juga ramai dari Palestine. mereka menceritakan pengalaman mereka ditangkap dan diseksa. ngeri aku mendengarnya. namun, aku kagum dengan mereka. masih tetap tekun menelaah ilmu walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga yang hidup di sana bersama rejim yang tidak berguna.

kesimpulan

“muhasabah diri untuk mendapat ibrah kemudi hati.”


syarie Jamiah, Irbid, Jordan

Tersentuh Hati!

search for resolution, but not fighting

kelas di universiti sudah selesai. Keletihan terpancar tatap wajahku. cuaca panas terik membakar kulit lembutku.

"Aduh, letihnya hari ini. panas pula tu." keluhan tanda kepenatan menyelubungi perasaan. namun pantas aku beristighfar atas keluhan itu. kesyukuran dan kesabaran semakin mendatang. dalam senyap menusuk kalbu insan yang lemah.

Dum!

suara seakan petir melintas balik telinga. rupa-rupanya, kereta berlanggar kereta. aku terkejut seketika memikir apa yang akan terjadi.

'matilah orang ni kena pukul dengan mamat ni" bisik hati menghasut diri. Hati tersentuh tatkala mereka berdua hanya menanya khabar, berbincang dan bersalam pada akhirnya. tiada pergaduhan yang berlaku. andaian aku sememangnya meleset.

aku terus pulang ke rumah sambil tersenyum. kepenatan semakin surut dek kejadian.......

Mohfirdaus.com
Syarie Jami'ah

Puisi : Andai Ada Bicara



Font sizeAndai Ada Bicara

present by:
Jai

Andai ada bicara,
atas alasan apa kamu berhijab,
jawablah dengan penuh senyuman,
aku bangga menjadi muslimah.

Andai ada bicara,
wanita berhijab tidak menawan,
ajuk sahaja dengan selamba,
cantik mana yang kamu kira.

Andai ada bicara,
Islam tidak pernah adil pada wanita,
jawaban senang sambil tertawa,
sudahkah kamu mengkaji isinya.

Andai ada bicara,
muslimah banyak melakukan dosa,
jawablah kamu penuh tunduk,
syaitan mana yang tidak menggoda,
sungguh ujian Ilahi tidak terduga.

Andai dia mahu berbicara,
tutup sahaja mulutnya dengan ungkapan manja,
semoga hatimu terbuka,
kepada apa yang kamu tanya.....

Mohfirdaus.com

Syari' Jami', Irbid, Jordan

Nak Tegur Salah, Tak Tegur Pun Salah.....

Persefahaman membawa rahmat

Kekadang diri terasa pelik dan hairan akan sikap manusia termasuk diriku. tatkala ditegur, berkata pedas dibalas. jika tidak ditegur dakwah tidak dibudi. apa yang menggangu jiwa manusia sehingga tidak bisa menerima nasihat.

Paling menyakitkan andai rakan turut tidak mendengar. bukan tintaku untuk mengata salah sesiapa, namun kesefahaman perlu dijaga. Andai Allah menjadikan kita satu fahaman, mudah dan senang hidup kita. semua itu mustahil dan tidak akan berlaku kerana Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Hud maksudnya:

"118. Dan jika tuhanmu menghendaki, tentu Dia jadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih (pendapat). 119. Kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat (keputusan) Tuhanmu telah tetap, Aku pasti akan memenuhi neraka jahannam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya."

walhal kita maklum secara analogi bahawa manusia akan sentiasa berbeza pandangan dalam segala hal. tetapi perbezaan itu tidak bermakna perpecahan bahkan ia tertumpu kepada percambahan minda.

Akan tetapi meskipun perbezaan pendapat diakui halal, namun andai pendapat yang dilontarkan itu salah dan kita sendiri mengetahui ia adalah salah, maka dengarlah nasihat orang andai dia atau mereka katakan " pendapat kamu bertentangan dengan intipati Islam".

yang memedihkan hati apabila nasihat itu dibalas "aku peduli apa, aku punya pendapat, suka hati aku lah. kau ingat pendapat kau betul sangat?"

Yang terbaik kita perlu menjawab:"terima kasih atas teguran kamu."atau seumpama dengannya. kedua-duanya akan bahagi. itulah sebenarnya Persefahaman (kita faham dia, dia faham kita)

dalam Islam perbezaan pendapat ada dua bentuk iaitu:
1) Ikhtilaf
2) Iftiraq

Ikhtilaf adalah halal dalam Islam kerana ia berkaitan dengan hukum-hukum cabang dalam islam seperti berbeza pandangan antara empat mazhab fiqah. manakala iftiraq perbezaan pendapat yang salah kerana ia melibatkan soal pokok agama seperti mu'tazilah, syiah, murjiah. Pemahaman berkaitan Iftiraq turut dibincang dengan panjang lebar dalam kitab (Majmu' Fatawa: Ibnu Taymiyyah).

kesimpulannya, andai kita dipihak yang salah dengarlah nasihat orang...andai kita dipihak yang benar, berdakwah dengan penuh hikmah dan lemah lembut kerana manusia bukan malaikat yang mudah turut perintah-Nya...

aku juga insan biasa. andai tersalah bicara tegur sahaja.....

Sekian, Wassalam.....




Puisi : Sedar



"SEDAR"
By
Firdaus Alfalanjai

hati tertipu tatkala aku keliru
Mata terpana andai aku melana
Jiwa melayang, jantung tergoyang
Benarkah aku menjadi hamba
Pada Tuhan pencipta segala?

Meski badan di bumi nyata
Meski otak dalam menyala
Insan berdiri megah
Sombong tidak terkata
Tidak kenal siapa dirinya

Bumi dan langit mula membenci
tatkala ribuan pohon mula menggugur
Membalas kerakusan manusia pelapah
Ibarat alam makin menyepi

Tanah semakin landai mengering
Laut dan sungai sukar berdesing
Ku tunggu panggilan alam kembali riang
Tapi sayang, hanya terbayang

Semakin dingin malam bersinar
Pagi menunggu penuh mekar
ku harap insan tersedar
Dari lamunan tidur tersasar
Penuh keikhlasan pada Tuhan
Sesungguhnya Dia Maha-Mendengar