StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Sajak: Teman

"TEMAN"

Nukilan
Firdaus Al-falanjai

Teman
Dikau ibarat roda yang menyorong laluanku.
Dikau seperti lilin membakar semangatku,
Itulah dikau bernama teman.

Teman
Saat duka kau tangisi bersama,
Saat suka kau riang bersama,
Kau bantu bila ku buntu,
Kau tegur bila ku tidur,
Kau sapa bila ku siapa,
Kau teman dalam hidupku.

Tangan dan kaki melangkah maju,
Kau pimpin daku bila ku seru,
Walaupun tanganmu masih terpaku,
masalahku juga masalahmu,
oh teman.....

Masalah : Sketsa 1

" Semakin kita menyemai masalah, semakin banyaklah stress kita "


Masalah! Masalah! Masalah! itulah punca penyebab stress melanda. semua insan yang dicipta Allah masing-masing ada masalahnya. tidak kira samada kita mampu atau tidak untuk merancang strategi mengatasinya.

Rentetan daripada itu, saya ingin berbicara mengenai masalah yang menyemai dalam diri seorang pendakwah. Di sini saya bawakan satu kisah mengenai seorang pendakwah berdakwah kepada orang bukan islam. Beliau cuba menangani masalah persoalan? memahamkan orang yang bertanya.

Pendakwah : Auntie Fo mahu pegi mana?

Auntie Fo : awat kamu tak da bagi itu salam pada 'auntie' ?.

Pendakwah : Auntie,,salam itu hanya untuk orang islam sahaja.

Auntie Fo : mane boleh macam itu, Auntie pun nak juga la.

Pendakwah : ok Auntie, biar saya beri contoh supaya Auntie faham.

Auntie Fo : apa itu contoh, Auntie tak faham ma?

Pendakwah : saya nak tanya, Auntie ade emas tak kat umah?

Auntie Fo : oh itu balang ah,, mesti ada ma,,itu ong (tuah) kite orang.

Pendakwah : baik, boleh tak Auntie bagi saya itu emas.

Auntie Fo : mane boleh, itu emas mesti mahu simpan. itu emas juga mahal.

Pendakwah : nape Auntie tak mahu bagi?

Auntie Fo : kan Auntie dah cakap, itu balang oh, cukup mahal.

Pendakwah : kalau macam itu, ibaratnya juga sama dengan kalimah salam Auntie, kalimah salam hanya untuk muslim sahaja. sebab kalimah salam itu ibarat seperti emas bagi orang islam, tak boleh diberikan kepada orang selain islam.

Auntie Fo : oh, itu pasal ah...!!!

Info: sebenarnya si pendakwah itu sudah mengetahui bahawa Auntie Fo mempunyai emas dan dia seorang yang lokek.

Begitulah sketsa antara si pendakwah menangani masalah persoalan. Mungkin bagi kita ia bukanlah satu masalah, tapi pada hakikatnya ia merupakan satu masalah yang perlu pantas diselesaikan.kerna kita tidak sanggup untuk mengatakan : " tunggu jawapannya esok ya Auntie? " ataupun kita mengatakan " Auntie tak ada soalan lain ke?" Atau yang seumpama dengannya.

" Semoga ianya menjadi pembuka minda untuk kita semua dan bisa mampu menempuh ranjau permasalahan dengan jiwa yang tenang. " Amiin....

Ana hamba yang lemah, jika terdapat kesilapan pada mana-mana qit'ah sila maklumkan pada saya melalui ruang bual ilmiah atau comment. Wassalam

Latar Belakang Ekonomi Islam Di Malaysia

Latar Belakang ekonomi islam di Malaysia.


Sistem ekonomi Islam telah diamalkan sejak zaman Rasulullah saw, namun dengan munculnya fahaman pemikiran kapitalis, sosialis serta pemikiran ekonomi yang lain menyebabkan sistem ekonomi Islam umpama terpinggir. Namun begitu, rentetan kejatuhan serta ketidak seimbangan yang wujud dalam sistem-sistem tersebut, maka berlaku peralihan di seluruh dunia untuk mempraktikkan sistem ekonomi Islam yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan khususnya sistem kewangan yang menjadi tumpuan bukan sahaja di negara-negara Islam tetapi juga di negara-negara Eropah.


Berdasarkan pengalaman Malaysia, fasa pertama pembinaan sistem kewangan Islam (SKI) bermula dengan penubuhan Tabung Haji sebagai institusi kewangan bukan bank Islam pertama di Malaysia.


Fasa kedua pula bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan penawaran produk-produk kewangan Islam di perbankan konvensional yang dikenali sebagai Skim Perbankan Tanpa Faedah (yang kini dikenali sebagai Skim Perbankan Islam). Fasa ini menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang menawarkan SPI selari dengan perbankan konvensional.


Manakala fasa ketiga pembinaan SKI memfokuskan kepada usaha memperkukuhkan institusi kewangan domestik dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa di samping membuka pasaran kewangan Islam negara kepada institusi-institusi kewangan luar negara. Selari dengan objektif pemerintah, seminar ini dianjurkan bagi mengenalpasti kekukuhan serta perkembangan sistem ekonomi dan kewangan Islam di Malaysia khususnya dari segi dasar-dasar yang telah dilaksanakan dan digariskan .

Gelombang Makro Dan Mikro

GELOMBANG MAKRO DAN MIKRO
oleh
falanjai.com
("selagi kita masih berpecah tidak bersatu, selagi itulah ummah islamiyyah akan runtuh kecai bertalu, jadi marilah kita saudara seislam bersatu untuk menewaskan musuh islam zionise....sesungguhnya mereka ibarat api yang baranya tidak pernah terpadam"....)

untuk ikhwah seislam...........

kehidupan ini hanya sementara bagi seorang peminjam. sesungguhnya manusia dicipta oleh ALLAH dengan sebaik-baik penciptaan. kita punya mata bisa melihat.....kita punya telinga bisa mendengar.......kita punya akal untuk memikir.....maka jangan pula kamu semena-menanya mengkufuri Nikmat pemberian-Nya.kita diciptakan semata-mata untuk mengabdikan diri pada yang Esa....tatkala mereka diuji bersabarlah, ada hikmah di sebaliknya...jangan sekali-kali kamu ragu pada-Nya.....kita d dunia hanyalah peminjam kerana dunia ini bukan kita yang punya....tidak kira pangkat, darjat, ketauliahan dan kekayaan bahkan kita tidak mampu untuk mengawalnya....tujukanlah hati kalian itu untuk mendapat redha-Nya....tatkala kamu begitu rakus mengejar dunia yang fana , tunggulah balasan daripada ALLAH agar engkau insafinya.....

"Gelombang2 micro yang rapuh tidak akan mampu mengubah gelombang2 macro yang jatuh"
islam Pictures, Images and Photos

Surat Perpisahan

"SURAT PERPISAHAN"

Nukilan
Firdaus Al-falanjai


salam perpisahan duhai adik-adik kami,
hadirmu membuka minda buntu kami,
pergimu hiba seribu batu...

salam perpisahan duhai adik-adik kami,
sejuta rintangan kita tempuhi,
duri cabaran kita renangi,
namun kalian tetap dedikasi....

salam perpisahan,
duhai adik-adik kesayangan kami,
manfaatkan ilmu yang diberi,
amalkanlah ilmu di hati,
agar menjadi pedoman sanubari...

memori di hati enggan berpisah,
dengan kalian yang banyak berjasa,
mengukur ketabahan manusiawi,
yang tersorok dalam sanubari kami...

Duhai pertiwi kami,
tabahkanlah hati kalian,
tuntutlah ilmu ilahi,
pimpinlah rakan-rakanmu,
bersama menuju tujuan yang satu...

Duhai pertiwi kami,
jagalah akhlak-akhlakmu,
banyakkanlah pembacaanmu,
tuntunlah hati-hatimu,
menuju ke arah jalan yang satu...

Wahai pemimpin masa hadapan,
kalian pimpinlah sebaik kami,
janganlah dirimu akur pada kebolehanmu,
tempuhilah ia dengan kekuatan keimanan,
yang diberikan Allah kepadamu...

Salam perpisahan,
duhai sahabat taulan kami,
sejuta kemaafan kami memohon,
atas kekhilafan selama ini,

Salam perpisahan,
duhai adik-adik kami,
jadikanlah perpisahan ini satu realiti,
jadikanlah pertemuan satu takdiri,
bersyukurlah pada ilahi,
moga kita bertemu lagi...

Platform Meneracu Kejayaan

Platform Meneracu Kejayaan

oleh
Falanjai.com



Liberalisasi Sektor Kewangan


· 2 lesen bank Islam dengan modal berbayar minimum AS$ 1 billion , 2 lesen bank perdagangan dan 2 lesen takaful keluarga ditawarkan.
· 3 bagi lesen bank perdagangan ditawarkan pada 2011.
· Pelabur asing dibenarkan memiliki sehingga 70 peratus ekuiti bank Islam, bank pelaburan dan syarikat Insurans/takaful berkuat kuasa serta-merta.
· Bank perdagangan asing diperbadan di Malaysia dibenarkan membuka 10 cawangan pembiayaan mikro.
· Bank perdagangan asing yang diperbadan di Malaysia dibenarkan membuka 4 cawangan baru pada 2010.
· Syarikat insurans dan takaful asing dibenarkan membuka cawangan tanpa sekatan.
· Sekatan bagi syarikat insurans dan takaful tubuh Bankasurans / Banktakaful dihapuskan.
· Syarikat insurans dan takaful dibenarkan penggunaan kepakaran asing.
· Intitusi pelaburan luar pesisir boleh beroperasi di dalam negara 2010.
· Syarikat insurans luar pesisir boleh beroperasi di dalam negara mulai 2011.


Sumber: 28 April 2009, Berita harian, muka surat 3.



Hasrat kerajaan untuk merealisasikan sektor kewangan di Malaysia turut giat dijalankan. Sehubungan dengan itu, penggubalan “ Liberalisasi Sektor Kewangan ” memberi manfaat kepada rakyat. Walaupun kita melihat pada dasarnya lebih tertumpu kepada pelabur asing, namun pada amatan saya ia merupakan satu platform kerajaan untuk merancakkan lagi pembangunan sesebuah ekonomi.



Dalam hal ini saya berpendapat bahawa sekiranya pelabur asing masuk ke kancah ekonomi negara ini, maka aliran atau putaran wang lebih tertumpu dalam negara sahaja. Oleh sebab itu, pada mulanya kerajaan tidak menggalakkan pelabur tempatan melabur ke luar negara dengan giat. Ia akan menguntungkan pihak lain yang tidak membantu negara, lebih baik melabur dalam negara (mudah dan saksama).


Jika kita melihat kepada dasar di atas, didapati antaranya ialah tambahan lesen pada sektor perbankan Islam. Atas dasar ini, wujudnya tambahan dalam sektor perbankan Islam seperti mana yang kita tahu bahawa bank Islam pertama iaitu Bank Islam dan diikuti oleh Bank Muamalat.


Selain itu, dasar ini mewujudkan peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat dari semua aspek. Ia juga menjadi platform atau batu loncatan bagi saya sendiri untuk berkecimpung dalam bidang perbankan Islam. Namun harus diingat bahawa kebanyakan graduan-graduan telah memiliki dan akan memiliki kelulusan berkaitan perbankan Islam. Misalnya rakan-rakan saya ( Syuib, Abu Dhirar, Hidayah Yusoff, Syahid, dan yang lain ) kebanyakan mengambil bidang yang hampir sama dengan saya. Oleh yang demikian, kita sebenarnya tidak lepas daripada persaingan.


Semoga ALLAH melancarkan perjalanan dasar ini tanpa sebarang masalah dan memberikan kepulihan ekonomi mikro dan makro ini ke jalan yang diredhai-NYA.
Renungan…………
“ Apa yang baik tauti bersama, apa yang buruk hindari bersama.”
“ Sesungguhnya kita hanya merancang dan berusaha, bahkan ALLAH sahajalah yang layak menentukannya.”


kita sebagai Makhluk yang diciptakan Khalik alam semester perlu berdoa dan meminta pertolongan hanya kepada ALLAH dan jangan menyembah selain daripada-NYA.

Dalam Alquran ALLAH berfirman dalam surah Al-Fatihah ayat 5 maksudnya:
“Hanya kepada engkaulahlah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh….

Salam Perantauan



SALAM PERANTAUAN BUAT SEMUA....KEMUDILAH KEJAYAAN KALIAN

DI JORDAN NANTI

oleh
falanjai.com




Peluang MEKAP: Mekapkan Dirimu


Baru-baru ini, Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid telah melancarkan Majlis Kaunseling Pelajar (MEKAP). Program ini bertujuan untuk membantu para Siswazah Muslim Universiti di jordan dalam pembentukan sahsiah diri. Sebagai seorang siswazah Muslim luar negara, kita memerlukan semangat juang, ketahanan mental dan fizikal serta kerohanian yang tinggi.

Memandangkan kita sebagai Siswazah Muslim luar negara, kita perlu peka dengan situasi masyarakat di Malaysia. Dengan peningkatan dalam kegiatan sosial yang tidak bermoral, kita perlu tangkis dengan kemahiran berdakwah yang kita perolehi di sini.

Secara zahirnya kita melihat bahawa sukar untuk kita menanganinya, namun saya percaya jika Allah mengizinkan sesuatu itu berlaku, maka jadilah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh-Nya. Dalam kita memastikan sesuatu itu mengikut apa yang dihajati, pertama kita mesti pantau diri kita dahulu. Jika kita masih berlegar dalam kema'siatan, maka sukar untuk kita memastikan orang lain mengikuti kita. Begitu juga sebaliknya, maka perbaikilah diri kita dahulu bagi memastikan orang lain bersama dengan kita, insya-Allah.

dalam kita berdakwah, perlulah kita sejajar dengan landasan yang benar mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Agama itu adalah nasihat untuk semua, sepertimana hadis Rasulullah SAW:

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : (( الدين النصيحة )) , قلنا : لمن ؟ قال: لله ولكتابه , ولرسوله , ولأئمة المسلمين وعامتهم. رواه مسلم

Maksudnya: daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Dari RA, bahwa Nabi SAW bersabda ," Agama itu adalah nasihat. " kami bertanya: untuk siapa? Baginda menjawab: untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, dan untuk pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin pada umumnya. (Riwayat Muslim)

Oleh itu, ambillah peluang MEKAP ini untuk memperbaiki diri kita dan masyarakat di Malaysia nanti. Semoga program ini mendapat Rahmat dan Redha daripada Allah SWT bagi memastikan ianya berjalan lancar sejajar visi dan misi.

Akhir kalam daripada saya Akhu fil Islam dengan ucapan Assalamualaikum warahmatullahi Ta'aala wabarakatuh.

Rujukan hadis
- Abu Abdillah Al-Atsari, Mutiara Hadith Arba'in Imam Nawawi, Media Tarbiyah.

Ana hamba yang lemah, jika terdapat kesilapan pada mana-mana qit'ah terutama Hadis sila maklumkan pada saya melalui ruang bual ilmiah atau comment. Wassalam