StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Peluang MEKAP: Mekapkan Dirimu


Baru-baru ini, Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid telah melancarkan Majlis Kaunseling Pelajar (MEKAP). Program ini bertujuan untuk membantu para Siswazah Muslim Universiti di jordan dalam pembentukan sahsiah diri. Sebagai seorang siswazah Muslim luar negara, kita memerlukan semangat juang, ketahanan mental dan fizikal serta kerohanian yang tinggi.

Memandangkan kita sebagai Siswazah Muslim luar negara, kita perlu peka dengan situasi masyarakat di Malaysia. Dengan peningkatan dalam kegiatan sosial yang tidak bermoral, kita perlu tangkis dengan kemahiran berdakwah yang kita perolehi di sini.

Secara zahirnya kita melihat bahawa sukar untuk kita menanganinya, namun saya percaya jika Allah mengizinkan sesuatu itu berlaku, maka jadilah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh-Nya. Dalam kita memastikan sesuatu itu mengikut apa yang dihajati, pertama kita mesti pantau diri kita dahulu. Jika kita masih berlegar dalam kema'siatan, maka sukar untuk kita memastikan orang lain mengikuti kita. Begitu juga sebaliknya, maka perbaikilah diri kita dahulu bagi memastikan orang lain bersama dengan kita, insya-Allah.

dalam kita berdakwah, perlulah kita sejajar dengan landasan yang benar mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Agama itu adalah nasihat untuk semua, sepertimana hadis Rasulullah SAW:

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : (( الدين النصيحة )) , قلنا : لمن ؟ قال: لله ولكتابه , ولرسوله , ولأئمة المسلمين وعامتهم. رواه مسلم

Maksudnya: daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Dari RA, bahwa Nabi SAW bersabda ," Agama itu adalah nasihat. " kami bertanya: untuk siapa? Baginda menjawab: untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, dan untuk pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin pada umumnya. (Riwayat Muslim)

Oleh itu, ambillah peluang MEKAP ini untuk memperbaiki diri kita dan masyarakat di Malaysia nanti. Semoga program ini mendapat Rahmat dan Redha daripada Allah SWT bagi memastikan ianya berjalan lancar sejajar visi dan misi.

Akhir kalam daripada saya Akhu fil Islam dengan ucapan Assalamualaikum warahmatullahi Ta'aala wabarakatuh.

Rujukan hadis
- Abu Abdillah Al-Atsari, Mutiara Hadith Arba'in Imam Nawawi, Media Tarbiyah.

Ana hamba yang lemah, jika terdapat kesilapan pada mana-mana qit'ah terutama Hadis sila maklumkan pada saya melalui ruang bual ilmiah atau comment. Wassalam

0 comments:

Post a Comment