StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Nak Tegur Salah, Tak Tegur Pun Salah.....

Persefahaman membawa rahmat

Kekadang diri terasa pelik dan hairan akan sikap manusia termasuk diriku. tatkala ditegur, berkata pedas dibalas. jika tidak ditegur dakwah tidak dibudi. apa yang menggangu jiwa manusia sehingga tidak bisa menerima nasihat.

Paling menyakitkan andai rakan turut tidak mendengar. bukan tintaku untuk mengata salah sesiapa, namun kesefahaman perlu dijaga. Andai Allah menjadikan kita satu fahaman, mudah dan senang hidup kita. semua itu mustahil dan tidak akan berlaku kerana Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Hud maksudnya:

"118. Dan jika tuhanmu menghendaki, tentu Dia jadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih (pendapat). 119. Kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat (keputusan) Tuhanmu telah tetap, Aku pasti akan memenuhi neraka jahannam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya."

walhal kita maklum secara analogi bahawa manusia akan sentiasa berbeza pandangan dalam segala hal. tetapi perbezaan itu tidak bermakna perpecahan bahkan ia tertumpu kepada percambahan minda.

Akan tetapi meskipun perbezaan pendapat diakui halal, namun andai pendapat yang dilontarkan itu salah dan kita sendiri mengetahui ia adalah salah, maka dengarlah nasihat orang andai dia atau mereka katakan " pendapat kamu bertentangan dengan intipati Islam".

yang memedihkan hati apabila nasihat itu dibalas "aku peduli apa, aku punya pendapat, suka hati aku lah. kau ingat pendapat kau betul sangat?"

Yang terbaik kita perlu menjawab:"terima kasih atas teguran kamu."atau seumpama dengannya. kedua-duanya akan bahagi. itulah sebenarnya Persefahaman (kita faham dia, dia faham kita)

dalam Islam perbezaan pendapat ada dua bentuk iaitu:
1) Ikhtilaf
2) Iftiraq

Ikhtilaf adalah halal dalam Islam kerana ia berkaitan dengan hukum-hukum cabang dalam islam seperti berbeza pandangan antara empat mazhab fiqah. manakala iftiraq perbezaan pendapat yang salah kerana ia melibatkan soal pokok agama seperti mu'tazilah, syiah, murjiah. Pemahaman berkaitan Iftiraq turut dibincang dengan panjang lebar dalam kitab (Majmu' Fatawa: Ibnu Taymiyyah).

kesimpulannya, andai kita dipihak yang salah dengarlah nasihat orang...andai kita dipihak yang benar, berdakwah dengan penuh hikmah dan lemah lembut kerana manusia bukan malaikat yang mudah turut perintah-Nya...

aku juga insan biasa. andai tersalah bicara tegur sahaja.....

Sekian, Wassalam.....




1 comments:

salam bicara buat semua teman2

 

Post a Comment