StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Muhasabah Diri 1431 Hijrah

"Selamat Menyelami Kisah Hijrah Baginda SAW dengan Azam Jitu"

Ku mula tinta dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Ku gerak lidah dengan ucapan memuji Tuhan Pencipta alam yang Maha Berkuasa. Tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah.

Hati mula bergetar tatkala zaman semakin melabuh tirai. puncak tahun 1430 Hijrah bertukar ke zaman baru, azam baru 1431 Hijrah. semakin masa kita ke hadapan, ketika itulah kita menghampiri hari pembalasan daripada Tuhan yang Maha Esa.

Bukan niatku untuk menakutkan ummah, malah lebih untuk peringat sesama ummah yang semakin alpa akan hiburan dunia. Bukan maksud di hati untuk meletak hukum tidak perlu berhibur, cuma Islam telah gariskan panduan setakat mana boleh terhibur. Semakin kita meniti titian kebenaran, insya-Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita di dunia yang fana ini.

janganlah kita berperangai seperti orang yang tidak mengenal agama sendiri. janganlah kita menjadi seperti orang yang membenci Islam yang hanya tahu untuk memurtadkan orang-orang Islam, sedangkan mereka (pembenci Islam) mengetahui kebenaran Islam agama wahyu daripada Tuhan yang satu. Namun mereka tetap juga ingkar tidak bertalu

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِن تُطِيعُواْ الَّذِينَ كَفَرُواْ يَرُدُّوكُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ فَتَنقَلِبُواْ خَاسِرِين

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu mentaati orang-orang yang kafir, niscaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (murtad), maka kamu akan kembali menjadi orang yang rugi.

Ali-Imran : 149

Kalau kita lihat kepada situasi yang melanda dunia ketika ini, berlakunya fenomena murtad secara meluas. Na'uzubillah! semoga kita tak tergolong dalam kalangan mereka.

Akhir kalam daripada penulis, sama-samalah kita muhasabah diri sempena kedatangan tahun baru hijriah ini. kuatkan tekad dan azam yang tinggi agar kita boleh menempuh lumrah ujian Allah.

"Fikirkan kita berada pada naungan Allah, jangan sesekali mencemar keagungan-Nya"

Akhu Fil Islam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh........

0 comments:

Post a Comment