StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Expose History Jelajah Jordan 10: Siri 1




Alhamdulillah, syukur....
kalimah yang pertama aku ucap setelah kaki menjejak di bumi Irbid yang dicintai. aku merasa hiba tatkala pengembaraanku sudah berakhir. Namun segala yang aku alami selama itu, pasti ada kesudahan. aku namakan misiku ini "Expose History Jelajah Jordan 10" kerna aku merasakan tempat yang aku pergi itu, tersembunyi sejarah tersendiri. pengisian blog ini mungkin pelik untuk aku berkongsi tentang diriku, tetapi bukan pameran yang aku ingin hamparkan, malah lebih kepada pedoman untuk kalian. aku akan berkongsi serba sedikit pengalaman yang aku rasai sepanjang perjalananku di bumi Jordan. penjelajahanku ini disertai oleh ahli-ahli rombongan di Irbid.

Hari pertama 22/1/10
kami memulakan perjalanan menaiki bas pada jam 8.00 pagi dari Irbid ke Amman. sepanjang perjalanan menuju ke Amman, kami singgah di Ummu Qaiss iaitu bandar lama kerajaan Rumawi yang mana musnah ketamadunannya akibat zilzal ( gempa bumi ). kemudian kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Wadi Aghwar yang mana permukaan tanah di situ adalah yang paling subur di bumi Jordan.
seterusnya kami bergerak menuju ke Maqam Mu'az bin Jabal dan Abdurrahman bin Mu'az bin Jabal di Tha'un 'Amwas . sepanjang perjalanan ke sana, kami telah disekat oleh sekumpulan anggota tentera, hati telah mula berdebar-debar. salah seorang daripada mereka naik ke atas bas, dan meminta memadamkan gambar kepada sesiapa yang menangkap gambar sepanjang perjalanan di lembah Aghwar. permukaan curam sepanjang perjalanan mencemaskan kami, kecuramannya tidak dapat dibayangkan. kami juga telah melintasi sempadan Israel dengan penuh kegelisahan. Alhamdulillah dengan bekalan doa kami, tiada sebarang kecelakaan yang berlaku.
Destinasi seterusnya, kami ke maqam 'Amir bin Abi Waqas. setelah selesai ziarah, kemudian kami segera mencari masjid untuk solat jumaat. kami meneruskan perjalanan menuju ke maqam Syar Habil bin Hasanah iaitu sahabat yang memeluk islam tetapi ditentang oleh ibunya, sampaikan ibunya bermati-matian mogok berjemur diri di tengah padang pasir.
jam 2.07 petang kami bergerak menuju ke maqam Saidina Abu 'Ubaidah Al-Jarrah. kemudian kami menziarahi maqam Dhirar bin Azwar iaitu sahabah yang mahir berpedang di atas kuda. ketika di maqam Dhirar bin Azwar, haruman merbak kasturi menusuk rongga hidung.Subhanallah....begitulah bau haruman para syuhada'.
penjelajahanku berakhir dan segera meneruskan perjalanan ke Amman untuk menginap di sebuah hotel sementara menunggu subuh kembali untuk misi Expose History pada keesokan hari.

Hari kedua 23/1/10
jam 7.30 pagi , kami bertolak dari hotel ke Jabal Nebo di Madaba iaitu tempat nabi Musa . Jabal Nebo telah djaga oleh pihak kristian dan di situ terdapat banyak simbol yang berkaitan dengan kritian.
dari Jabal Nebo, kami menuju ke laut mati. seperti yang kita ma'ruf bahawa laut mati merupakan tempat yang dilaknat Allah. kisah di sebalik laut mati, pada zaman nabi Lut, kaum-kaumnya melakukan hubungan sesama jenis "Homoseksual" dan Allah telah memerintahkan Malaikat untuk menterbalikkan bumi sehingga menjadi hamparan lautan yang tiada kehidupan yang hidup di dalam di atasnya.
kemudian kami bertolak ke maqam nabi Syu'ib dan seterusnya kami menuju ke maqam atau dharih nabi Yusha'.
perjalanan kami pada hari kedua berakhir. kami bergerak ke hotel yang sama di Amman untuk berehat bagi meneruskan perjalanan pada hari ketiga.

Hari ketiga 24/1/10
pada hari ketiga, kami bercadang untuk singgah di Qasr Azraq iaitu istana lama yang dibina ketika pemerintahan sistem beraja pada zaman Mamalik. dikatakan nama Azraq itu bersempena kawasan yang dipenuhi dengan air pada ketika itu. Azraq bermaksud biru yang menunjukkan warna air.
kemudian kami bergerak menuju ke Qasr Amra iaitu tempat mandi (hamam) raja yang penat bermusafir.
dari Qasr Amra, kami menuju ke Qasr Kharana iaitu dikatakan seperti hotel lima bintang pada zaman dahulu. Ia dibina sebagai tempat para musafir beristirehat.kalau ada kesempatan, kalian pergi dan rasailah betapa tersusun dan menarik struktur binaannya.
seterusnya, kami bertolak ke Gua Ashabul Kahfi yang telah diceritakan kisah mereka dalam Alquran dalam surah Kahfi.
dari Ashabul Kahfi kami ke Mudarraj Rum iaitu pusat hiburan kerajaan rum yang berbentuk Colloseum. tidak jauh dari tempat itu, kami seterusnya melihat pemandangan indah seluruh kawasan jordan di Jabal Qal'ah. sangat menakjubkan pemandangan dari pandangan atas.subhanallah....
misi Expose History pada hari ketiga berakhir di Jabal Qal'ah. kami segera pulang ke hotel di Amman menunggu misi seterusnya.

Expose History Jelajah Jordan 10 akan bersambung dalam siri 2........

Ummu Qais, Lembah Aghwar, Jabal Nebo

Laut Mati, Maqam Nabi Syuib, Maqam Nabi Yusha'

Qasr Azraq, Qasr Amra, Qasr Kharana

Gua Ashabul Kahfi, Mudarraj Rum, Jabal Qal'ah

0 comments:

Post a Comment