StUdeNt S.E.P.I

mohfirdaus.blogspot.com

Persepsi?



What your PERCEPTION for this picture?
Wahai sahabatku sekalian! Tahukah anda tentang persepsi orang lain terhadap diri kita? mungkin kebanyakan anda sudah mengetahui. Namun apa yang menarik minat saya untuk berkongsi di sini bukan perkara luar biasa tetapi perkara biasa dan sinonim dengan kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa.

Persepsi menurut lidahku bererti "satu pandangan seseorang individu kepada individu yang lain". sehubungan perkara persepsi, saya akan kelarifikasikan persepsi mengikut tahap pandangan seperti berikut:

Pertama: Apakah persepsi rakan anda kepada anda?

suka untuk saya mengatakan bahawa setiap bidang yang kita ambil ada kaitan dengan persepsi rakan kepada rakan lain. jika kita mengambil jurusan ekonomi, rakan kita akan memandang dari segi perbelanjaan seharian kita. jika kita mengambil jurusan usuluddin, mereka akan melihat aqidah yang dipegang samada betul atau salah. jika kita mengambil jurusan kedoktoran (Medical), mereka akan memandang tahap kesihatan kita seharian. jika kita mengambil jurusan fikah, mereka akan melihat cara solat kita. jika kita mengambil jurusan pergigian (Dentist), sah-sah mereka akan melihat gigi kita. dan begitu juga dengan jurusan-jurusan yang lain.

Kedua: Apakah persepsi masyarakat kepada anda?

dalam menghurai persepsi masyarakat, terdapat dua bentuk persepsi iaitu persepsi terhadap pelajar luar negara dan pelajar dalam negara.

1- Persepsi masyarakat terhadap pelajar luar negara.
masyarakat kita biasanya akan melihat secara total terhadap pelajar luar negara. contohnya pelajar Jordan yang mengambil pelbagai bidang seperti Ekonomi, Kedoktoran, Pergigian, Usuluddin, Bahasa dan Fikah akan dipandang masyarakat a'rif dan mahir dalam bidang agama. Kenapa? sebab mind set mereka terhadap negara arab seperti itu.

2- Persepsi masyarakat terhadap pelajar dalam negara.
dalam hal ini, masyarakat lebih cenderung mempersepsikan mereka kepada bidang-bidang yang diambil seperti doktor hanya mahir dalam medikalistik sahaja, Ustaz hanya mahir dalam bidang keagamaan sahaja dan sebagainya.

Ketiga: Apakah persepsi Non-Muslim terhadap anda umat Islam?

bab ini yang perlu kita betul-betul tumpukan sepenuh perhatian. kenapa saya berbicara seperti itu? sebab masyarakat Non-Muslim tidak akan memandang kepada jurusan yang kita ambil, malah mereka mempersepsikan terhadap "Islam" itu sendiri. Apakah yang mereka persepsikan? sudah tentu mereka akan melihat akhlak atau etika kita sehari-harian. Jadi, kita tidak boleh lari daripada masalah persepsian sebegini.
Akhlak yang baik juga merupakan cara berkesan dan mudah untuk dipratikkan dalam tuntutan dakwah. Namun, kita semakin alpa dan leka tentang itu. sama-samalah kita merenung sambil bermuhasabahkan diri yang semakin lupa akan tuntutan dakwah dan kewajipan menuju alam akhirat. moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan manusia yang sering berhibur.

kesimpulannya, persepsi sebegini tidak akan mudah untuk hilang dalam pandangan masyarakat. walaupun dari segi persepsi sebegini adalah salah kerana menilai seseorang mengikut kefahaman mereka, seperti menilai orang yang kaya adalah lebih terhormat daripada golongan miskin, sedangkan kita manusia tidak diangkat darjat oleh ALLAH melainkan orang yang bertakwa bukan kaya ataupun miskin. Namun kita sebagai individu mahasiswa perlu menangani masalah ini dengan berhikmah. Dan janganlah kita membuat sesuatu perkara kerana pandangan orang terhadap kita semata-mata, malahan yang lebih penting adalah keikhlasan kita kepada ALLAH S.W.T.

begitulah nukilan yang mampu saya sampaikan kepada anda. jika terdapat kekasaran bahasa dan intstrumen yang tidak baik sama-samalah kita jauhi. jangan kita lupa bahawa kita ketika ini berada di bawah naungan ilahi. segala yang ada di bumi hanyalah milik ALLAH.

Akhir kalam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

By: Firdaus Al-Falanjai Yu
mohfi_89@yahoo.com.my

0 comments:

Post a Comment